Senarai Pemenang Anugerah Geospatial Kebangsaan 2016 NGIS Ke-7

Sebanyak 33 pencalonan daripada pelbagai agensi yang telah menyertai  Anugerah Geospatial Kebangsaan 2016 bagi Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-7 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 dan 9 Ogos 2016. Berikut adalah senarai Pemenang bagi AGK2016: 

a. Anugerah Kecemerlangan Geospatial (Umum) - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) | Projek : Felda Geographical Land Index

b. Anugerah Kecemerlangan Geospatial (Umum) - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) | Projek : Sistem Maklumat Geografi (GIS) Pengurusan Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

c. Anugerah Kecemerlangan Geospatial (Umum) - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) | Projek : Personal Remote Sensing System (PRSS)

d. Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Persekutuan) - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia | Projek : Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)

e. Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Negeri) - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa(JPBD) Negeri Sembilan | Projek Pemerkasaan GIS9 Ke Arah Memakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat

f. Anugerah MyGDI Kebangsaan (Pihak Berkuasa Tempatan) - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) | Projek : GIS Majlis Pembandaran Jasin