Senarai Pameran NGIS Ke-8

 

 

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan salah satu Bahagian di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). MaCGDI telah diluluskan penubuhannya bagi menggantikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (NaLIS) pada 1 Disember 2002. MaCGDI telah dipertanggungjawabkan dalam mengurus pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Infrastuktur Data Geospatial Kebangsaan (NSDI) serta  menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta dan awam.

 

 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1995, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini.

JUPEM bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur dan pemetaan disamping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan Negara serta menyediakan perkhidmatan pengurusan data geospatial yang berkualiti melalui sistem yang terbaik.

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

 

MAMPU berperanan sebagai agensi pusat dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:

1.    Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam;

2.    Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam;

3.    Pakar runding dalam pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam;

4.    Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam;

5.    Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan Sektor Awam; dan

6.    Pelaksana program promosi penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

 

Dr. Nik & Associates Sdn. Bhd.

 

 

Tenaga Nasional Berhad

 

Spatialworks Sdn. Bhd.

Spatialworks Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan beroperasi di Presint 8 Putrajaya, adalah syarikat milik 100% Bumiputera dengan fokus kepada bidang pemetaan berkomputer Geographic Information System (GIS), termasuk pengurusan dan pembangunan pangkalan data spatial serta sistem kepada agensi kerajaan dan swasta, di Malaysia dan di luar negara.

Spatialworks Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan yang komprehensif dalam bidang GIS seperti:

a. Pengumpulan data (termasuk survei di tapak, pendigitan dan data conversion);

b. Pembangunan dan pengurusan pangkalan data spatial;

c. Pembangunan aplikasi GIS yang kos efektif dan memenuhi keperluan klien;

d. Analisis dan pemodelan berasaskan GIS; dan

e. Khidmat perundingan GIS

 

MAP2U Sdn. Bhd.

 

MAP2U Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang sentiasa mengutamakan pelanggan.  Dengan slogan “Making GIS Grows, Together”, MAP2U Sdn. Bhd. fokus kepada perkhidmatan manipulasi  data geospatial, analisis data, GPS tracking, pengintegrasian maklumat serta perkongsian maklumat geospatial secara dalam talian melalui Platform ArcGIS. Pelanggan MAP2U Sdn. Bhd. terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan juga kumpulan Swasta. Visi syarikat ini adalah untuk memastikan industri GIS berkembang pesat dan mendokong transformasi digital Kerajaan khususnya dalam perkembangan “Big Data Analytic & Prediction” melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

 

Institution of Geospatial & Remote Sensing Malaysia (IGRSM)

 

Objektif keseluruhan Institution of Geospatial & Remote Sensing Malaysia (IGRSM) adalah untuk menyokong dan memudahkan pembangunan teknologi geospatial dan remote sensing di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1995, IGRSM telah memulakan beberapa aktiviti yang bertujuan untuk mempromosikan lagi penggunaan teknologi, menguatkan interaksi antara sektor swasta dan kerajaan, menggalakkan lebih banyak penerbitan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memaklumkan kepada ahli mengenai aktiviti geospatial dan remote sensing di dalam serta luar negara.

 

 

Geodelta Systems Sdn. Bhd.

Geodelta Systems telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan menawarkan kepakaran profesional dalam 3D scanning dan 3D modelling. Dengan visi menjadi pelopor perkhidmatan berasaskan 3D scanning di Malaysia hingga ke peringkat global, Geodelta Systems telah menyusun pelbagai strategi bagi memperluaskan pengetahuan orang ramai ke arah data 3D dan teknologi pengukuran terkini berasaskan 3D scanning

 

Geodelta Systems juga menawarkan perkhidmatan jualan peralatan dan perisian bagi 3D scanning serta perkhidmatan lain yang berkaitan kepada syarikat profesional tempatan, syarikat multinasional dan luar negara. Dengan pengalaman lebih daripada 11 tahun dalam industri dan barisan pegawai yang mahir serta berpengalaman, Geodelta Systems sangat optimis dalam perkhidmatan yang ditawarkan.  

 

 

Global-trak Systems Sdn. Bhd.

Global-trak Systems Sdn. Bhd. (GtS) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan pejabat yang berdaftar di Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Sebagai rakan kongsi Trimble yang diperakui sah, GtS menawarkan perkhidmatan terkini bagi pemetaan, pengukuran, geospatial, pemasangan, penyelenggaraan dan latihan penyelenggaraan alat. Di samping itu, GtS menyediakan kemudahan dalam penyelesaian masalah dan projek cadangan penilaian. 

 

GtS adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang membolehkan GtS mengambil bahagian dalam tender di sektor awam dan swasta. GtS telah menjalankan perniagaan bersama dengan :

a. Ukur Tanah, Infrastruktur, Pemetaan dan Geospatial bersama Trimble Navigation Ltd.;

b. Produk Laser bersama Laser Technology Inc.;

c. Dron/UAV bersama Wingta; dan

d. Aksesori alat bersama Seco.

 

GPS Lands (M) Sdn. Bhd. 

GPS Lands (M) Sdn. Bhd. adalah peneraju dalam bidang teknologi geospatial dan pemetaan Malaysia.

           GPS Lands memberikan pembekalan dan perkhidmatan yang meluas dalam pelbagai disiplin, sistem integrasi, latihan dan perundingan bagi bidang seperti berikut:

                                                a. LiDAR/ Laser Scanning;

                                                b. Ukur dan Pemetaan;

                                                c. Kejuruteraan Geologi;

                                                d. Penyelenggaraan & Servis; dan

                                                e. Latihan & Perundingan.

 

 

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

GIS9 adalah nama singkatan bagi Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan yang mengandungi data-data Geospatial. GIS9 boleh memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk melalui ‘attribute table’ bagi keseluruhan kawasan Negeri Sembilan. GIS9 yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah khusus bagi membantu proses membuat keputusan dan perancangan dengan berdasarkan fungsi dan keperluan kepada jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Sembilan. Pangkalan data geospatial GIS9 berupaya digunakan dengan maksimum untuk tujuan perancangan dan pembangunan, dimanfaatkan di semua platform pembangunan (membuat keputusan di peringkat tertinggi) serta muncul sebagai Pusat Maklumat Guna Tanah Negeri bagi pembangunan fizikal dan ekonomi Negeri Sembilan menjelang tahun 2045. 

 

Majlis Perbandaran Batu Pahat

 

 

Syarikat E.J. Motiwalla

 

 

Tuxuri Sdn. Bhd. 

Tuxuri membantu perancangan dan pengurusan organisasi dengan lebih cekap dan berkesan melalui platform digital TuxGeo+.

TuxGeo+ adalah platform pemetaan era baru yang membolehkan penggunaan maklumat lokasi yang lebih meluas oleh sesebuah organisasi. TuxGeo+ lebih dinamik dan terbukti keupayaannya dalam penjanaan, paparan, analisa dan penjurusan kefahaman situasi (situational insights and intelligence) melalui pemetaan lokasi data dan maklumat. Teknologi penjanaan terkini yang digunakan oleh TuxGeo+ dengan gabungan peta digital yang sedia ada di pasaran membolehkan penghasilan dan penggunaan sistem pemetaan.

 

Geoinfo Services Sdn. Bhd.

Ditubuhkan sejak tahun 1995 dan berpengalaman luas dalam bidang geospatial lebih daripada 20 tahun. Geoinfo Services Sdn. Bhd. berpengalaman dalam teknologi yang berkaitan dengan GIS, GPS, Land Surveying, Aerial Mapping serta Remote Sensing. Selain itu, Geoinfo Services Sdn. Bhd. juga menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan IT seperti pembangunan sistem GIS serta pembekalan perkakasan dan perisian GIS. Khidmat latihan juga disediakan mengikut keperluan pelanggan khususnya dalam bidang geospatial.

 

 

PlanMalaysia

 

Jurupro Sdn. Bhd.

Jurupro Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat geoteknologi, komited dalam menyediakan penyelesaian yang diyakini, inovatif dan sehenti untu membantu klien dalam mengenalpasti keperluan serta penyelesaian yang kos efektif.

 

Jurupro Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada tahun 1994 dan merupakan syarikat swasta 100% milik Bumiputra yang berdaftar dengan ROC dan Kementerian Kewangan Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk menyumbang kepada industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkembang pesat. Jurupro  adalah pengedar tunggal perisian PCI Geomatics, pengedar perisian SpacEyes 3D, data satellite dan lain-lain perisian serta perkakasan yang berkaitan dengan keselamatan di peringkat negara. Aktiviti utama syarikat ini boleh dikelaskan kepada jualan, latihan, pembekalan data dan perkhidmatan.

 

Jurupro Sdn. Bhd. juga menyediakan perkhidmatan geospatial khusus kepada bidang Remote Sensing, Digital Photogrammetry, Analisis Spatial, pengeluaran peta digital dan sistem pengeluaran automatik. Syarikat ini fokus dalam menyediakan perisian imej berpusat terbaik yang menjadikan imej sebagai maklumat berharga dalam mencari jawapan kepada isu-isu semasa dunia menggunakan data satelit, data udara serta lain-lain data geospatial.

 

GB Multimedia Sdn. Bhd.

GB Multimedia Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2013, dengan misi untuk menerajui industri Information and Communications Technology (ICT) di Malaysia. GB Multimedia Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat muda yang dibentuk oleh veteran dalam industri ini untuk meneroka perkembangan ICT. Walaupun masih baru, pasukan GB Multimedia mempunyai jurutera-jurutera berpengalaman yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas. Pengalaman serta kepakaran syarikat ini adalah di dalam Midrange Systems, Software Development, Mobile Application Development, Data Centre Infrastructure, Virtualization dan Network Infrastructure. GB Multimedia komited untuk menyampaikan produk yang kreatif kepada para pelanggan dengan harga yang sangat berpatutan. 

 

RedPlanet Solutions (M) Sdn. Bhd.

RedPlanet Solutions (M) Sdn. Bhd. membekalkan perkhidmatan perundingan perisian GIS terutamanya bagi industri Elektrik, Gas, Air, Telekomunikasi dan Utiliti. Perkhidmatan RedPlanet menumpukan kepada perkhidmatan perundingan yang menggunakan perisian GIS seperti GE Smallworld, Esri, Oracle, Open Source dan lain-lain. 

RedPlanet berusaha membantu para Pelanggan dengan mengoptimakan dan meningkatkan proses perniagaan mereka dengan melaksanakan penyelesaian enterprise yang komprehensif. 

 

 

Bandwork GPS Solutions Sdn. Bhd.

 

Pusat Hidrografi Nasional

 

Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

 

Universiti Putra Malaysia (UPM)

 

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini. USM merupakan universiti pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem pusat pengajian. Sistem ini memperkenalkan pendekatan antara bidang (fleksibiliti) yang membolehkan pelajar setiap pusat pengajian memenuhi keperluan khusus pengijazahan dalam bidang yang dipilih disamping berpeluang mengikuti disiplin bidang pengajian lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain. Amalan fleksibiliti antara bidang dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh. Hingga kini, lebih 30,000 pelajar telah mendaftar di USM. 

 

USM sentiasa memperjuangkan isu-su dunia yang lestari, kemanusiaan and masa depan manusia. Berdasarkan prinsip ini, USM telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melaksanakan Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence, APEX) pada 3hb. September 2008. Berpandukan kepada wawasan APEX USM berjudul, “Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok”, USM telah menggariskan usahanya dalam menyokong proses pembangunan lestari dalam memastikan masa depan yang lebih kekal. Secara khusus, dari segi kelangsungan kewujudan cakerawala dan manusia dengan memastikan penggunaan sumber yang tepat ke arah pemahaman yang lebih bermakna, penghormatan dan bahkan mengambil langkah yang perlu untuk membina masa depan yang teguh dan seimbang maju dan lestari. 

 

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah sebuah universiti penyelidikan berasaskan inovasi berteraskan keusahawanan dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi; dan telah dikenali sebagai peneraju kepakaran dan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

 

UTM telah membina reputasi dalam penyelidikan terkini dan pendidikan inovatif bermatlamatkan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam teknologi termaju. UTM kekal berdaya saing dengan peningkatan kemantapan melalui penampilannya menerusi jaringan kerjasama strategik dengan universiti-universiti ternama dunia dan agensi-agensi korporat yang berwibawa. 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)