Pertandingan Video Multimedia

Sempena penganjuran Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-8 (NGIS Ke-8), Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) turut menganjurkan Pertandingan Video Multimedia terbuka kepada semua pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi di seluruh Malaysia.

Semua Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini dan setiap penyertaan adalah percuma.

(Klik pada gambar untuk pembesaran)

  1. Muat turun Borang Penyertaan Pertandingan Video Multimedia
  2. Muat turun Syarat dan Peraturan Pertandingan Video Multimedia

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Sekretariat Pertandingan Video Multimedia NGIS Ke-8 seperti berikut :

 

Sr Siti Zainun binti Mohamad (Emel : sitizainun@macgdi.gov.my)Tel: 03-8886 1209

Pn. Nurul Afzan binti Idris (Emel: nafzan@macgdi.gov.my) Tel: 03-8886 1230

(PENYERTAAN TELAH DITUTUP)