Error message

Deprecated function: The each() function is deprecated. This message will be suppressed on further calls in menu_set_active_trail() (line 2405 of C:\inetpub\wwwroot\ngis\includes\menu.inc).

Penganjur Simposium NGIS Ke 8

 

PENGANJUR UTAMA

 

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan salah satu Bahagian di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). MaCGDI telah diluluskan penubuhannya bagi menggantikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (NaLIS) pada 1 Disember 2002. MaCGDI telah dipertanggungjawabkan dalam mengurus pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Infrastuktur Data Geospatial Kebangsaan (NSDI) serta  menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta dan awam.

 

 

_______________________________________________________________________

 

 

PENGANJUR BERSAMA

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1995, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini.

JUPEM bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur dan pemetaan disamping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan Negara serta menyediakan perkhidmatan pengurusan data geospatial yang berkualiti melalui sistem yang terbaik.

 

 

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

 

MAMPU berperanan sebagai agensi pusat dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:

1.    Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam;

2.    Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam;

3.    Pakar runding dalam pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam;

4.    Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam;

5.    Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan Sektor Awam; dan

6.    Pelaksana program promosi penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

 

 

______________________________________________________________________________

 

DENGAN SOKONGAN

 

Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (Royal Institution of Surveyors, Malaysia - RISM) adalah merupakan sebuah badan professional kebangsaan yang terbahagi kepada empat (4) disiplin utama iaitu Geomatik & Ukur Tanah (geomatic & land surveying), Ukur Bangunan (building surveying), Ukur Hartanah (property surveying) dan Ukur Bahan (quantity surveying). Keanggotaan persatuan ini adalah terdiri daripada sektor korporat, sektor awam dan juga ahli akademik.  Status DiRaja bagi pertubuhan ini telah diberikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 28 Mac 2011.  

 

 

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang. UPM telah diiktiraf oleh badan bebas penilaian kerajaan sebagai salah sebuah Universiti yang menerajui bidang penyelidikan dan akademik. Ia ditubuhkan pada tahun 1931 sebagai Sekolah Pertanian, dan kini telah berjaya menggabungkan kemudahan moden dan pendekatan penyelidikan yang dinamik dalam pengajian dan kajian serta didokong oleh perkhidmatan dan reputasi kejayaan yang cemerlang di persada antarabangsa.

Pusat Penyelidikan Sains Maklumat Geospatial (GISRC) adalah salah satu pusat penyelidikan di bawah Fakulti Kejuruteraan yang menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Perisikan Pintar

 

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini. USM merupakan universiti pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem pusat pengajian. Sistem ini memperkenalkan pendekatan antara bidang (fleksibiliti) yang membolehkan pelajar setiap pusat pengajian memenuhi keperluan khusus pengijazahan dalam bidang yang dipilih disamping berpeluang mengikuti disiplin bidang pengajian lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain. Amalan fleksibiliti antara bidang dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh. Hingga kini, lebih 30,000 pelajar telah mendaftar di USM. 

USM sentiasa memperjuangkan isu-su dunia yang lestari, kemanusiaan and masa depan manusia. Berdasarkan prinsip ini, USM telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melaksanakan Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence, APEX) pada 3hb. September 2008. Berpandukan kepada wawasan APEX USM berjudul, “Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok”, USM telah menggariskan usahanya dalam menyokong proses pembangunan lestari dalam memastikan masa depan yang lebih kekal. Secara khusus, dari segi kelangsungan kewujudan cakerawala dan manusia dengan memastikan penggunaan sumber yang tepat ke arah pemahaman yang lebih bermakna, penghormatan dan bahkan mengambil langkah yang perlu untuk membina masa depan yang teguh dan seimbang maju dan lestari. 

 

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah sebuah universiti penyelidikan berasaskan inovasi berteraskan keusahawanan dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi; dan telah dikenali sebagai peneraju kepakaran dan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

UTM telah membina reputasi dalam penyelidikan terkini dan pendidikan inovatif bermatlamatkan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam teknologi termaju. UTM kekal berdaya saing dengan peningkatan kemantapan melalui penampilannya menerusi jaringan kerjasama strategik dengan universiti-universiti ternama dunia dan agensi-agensi korporat yang berwibawa. 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dari segi saiz dan populasi. Universiti ini berazam untuk menjadi salah satu institusi pendidikan bertaraf antarabangsa di dalam semua bidang yang diceburi disamping sentiasa memberi tumpuan kepada kecemerlangan akdemik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara.  UiTM kini merupakan rumah kedua kepada kira-kira 145,000 pelajar yang mengikuti  lebih dari 500 program akademik yang ditawarkan di 35 buah kampusnya diseluruh Malaysia.  Dengan tempoh penubuhan yang kini melebihi 60 tahun, UiTM telah berjaya menghasilkan lebih dari 700,000 alumni dan akan terus menjadi pemangkin bagi perubahan arus sosial dan ekonomi negara terutama kepada golongan bumiputera.