Penganjur Simposium

 

PENGANJUR UTAMA

 

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan salah satu Bahagian di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). MaCGDI telah diluluskan penubuhannya bagi menggantikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (NaLIS) pada 1 Disember 2002. MaCGDI telah dipertanggungjawabkan dalam mengurus pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Infrastuktur Data Geospatial Kebangsaan (NSDI) serta  menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta dan awam.

 

 

_______________________________________________________________________

 

 

PENGANJUR BERSAMA

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1995, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini.

JUPEM bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur dan pemetaan disamping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan Negara serta menyediakan perkhidmatan pengurusan data geospatial yang berkualiti melalui sistem yang terbaik.

 

 

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

 

MAMPU berperanan sebagai agensi pusat dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:

1.    Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam;

2.    Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam;

3.    Pakar runding dalam pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi Sektor Awam;

4.    Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam;

5.    Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan Sektor Awam; dan

6.    Pelaksana program promosi penyampaian perkhidmatan Kerajaan.