Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan atau dikenali sebagai National Geospatial Information Symposium’ (NGIS) merupakan agenda dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Penganjuran pada kali ini adalah penganjuran NGIS Kelapan (Ke-8) yang diadakan bertujuan bagi mewujudkan satu wadah perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan sektor agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Simposium ini merupakan salah satu usaha NRE ke arah memartabatkan penggunaan maklumat dan teknologi geospatial dalam perancangan pembangunan negara.

 

Tema : “INOVASI GEOSPATIAL KE ARAH WAWASAN NEGARA”

Tarikh :  10-11 Julai 2018

Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , Malaysia

 

 

Objektif Penganjuran NGIS ke-8 :

  • Menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan maklumat geospatial terkini;
  • Merealisasikan misi kerajaan ke arah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor; dan
  • Memperkasa geospatial sebagai platform pembangunan negara.

 

Topics Highlight

 

  1. Geospatial in Environmental Sustainability
  2. Smart City for Smarter Nation
  3. Geospatial : Security and Intelligence
  4. Geospatial : Technology and Innovation

 

Menarik di NGIS Ke-8

  1. Pembentangan Kertas Kerja
  2. Pameran  
  3. Anugerah Geospatial Kebangsaan
  4. Pelancaran Aplikasi / Produk MyGDI
  5. Pertandingan Video Multimedia
  6. Pertandingan Melukis Poster
  7. Pavilion / Klinik MyGDI

 

Penganjur Utama

  • Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

 

Penganjur Bersama

  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

 

Dengan Sokongan

  • Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

 

Lihat NGIS sebelum ini >>>